Followers

Friday 9 December 2011

APA ITU PLANET X ???

ASAL USUL PLANET NIBIRU ATAU PLANET X
     

Ini bermula dengan khabar angin Bumi akan musnah pada tahun 2012 
disebabkan tamatnya kalendar kaum Maya iaitu suatu kaum yang 
bertamadun tinggi yang  wujud sekitar 2500 tahun sebelum Masihi di 
bahagian tengah Benua Amerika yang meliputi   Honduras, Guatemala, 
El Salvador Utara sehingga ke tengah Mexico.
Ramalan Nostradamus (Michel de Nostredame (1503  – 1566), seorang 
ahli ramal Perancis yang tersohor dengan ramalan-ramalan beliau 
melalui bukunya   Les Propheties ("The Prophecies") (1555). Ramalan 
beliau menyatakan bahawa planet Bumi akan binasa disebabkan 
perlanggaran dengan planet Nibiru pada 21 Disember 2012. Dakwaan 
ini berasaskan kepada berakhirnya kalendar kaum Maya.
Ingin saya tegaskan di sini bahawa tiada maklumat dan data yang telah 
direkodkan mengenai kewujudan planet ini. Pihak NASA juga telah 
menyatakan bahawa tiada bukti yang sahih mengenai kewujudan planet 
Nibiru atau planet X tersebut oleh mana-mana data pencerapan. 
Berkenaan dengan dakwaan sesetengah pihak mengenai Planet X atau 
planet Nibiru ini tidak dapat dilihat dan dipantau kerana ianya berada 
dekat dengan Matahari adalah tidak benar. Ini adalah kerana setiap 
objek mempunyai orbitnya sendiri. Oleh itu, sekiranya orbit planet X ini 
berdekatan dengan sistem suria kita, sudah tentu ahli astronomi dan 
penyelidik sudah dapat menemui planet ini dan ianya dapat dilihat 
dengan mata kasar kerana ianya semakin menghampiri Bumi.
Pelbagai pemantauan secara berterusan mengenai objek-objek samawi 
seperti komet dan asteroid yang mengorbit berdekatan dengan Bumi yang berpotensi untuk berlanggar dengan Bumi (Near Earth Objects, 
NEO) telah dijalankan oleh beberapa inisiatif global seperti  Safeguard 
Survey dan NASA NEO Programme Office. Pemantauan juga dijalankan 
dengan menggunakan teleskop di angkasa lepas seperti  Infrared 
Astronomy Satellite (IRAS)  untuk memantau sebarang ancaman dari 
angkasa.  
Sehubungan dengan itu, ANGKASA turut bekerjasama  dengan pihak 
agensi angkasa lepas antarabangsa lain seperti NASA, Pejabat 
HalEhwal Angkasa Lepas, Pertubuhan Bangsa-Bangsa 
Bersatu(UNOOSA) dalam isu ancaman dari Angkasa seperti ini.  
Sehingga kini, tiada objek angkasa lepas yang akan memberikan 
ancaman kepada Bumi secara langsung.


KESAN ANCAMAN DARI ANGKASA

Sebenarnya planet Bumi sentiasa terdedah kepada perlanggaran 
dengan jasad-jasad samawi seperti komet dan asteroid yang berdekatan 
dengan Bumi ataupun mempunyai orbit yang akan melintas hampir 
dengan Bumi (Near Earth Objects, NEO). Saiz NEO ini pula berbezabeza, yang kecil seperti tahi bintang (shooting stars) yang kita boleh lihat 
hampir setiap malam, dan yang terbesar antaranya berlaku 65 juta tahun 
yang lepas, yang telah memusnahkan kehidupan dinosaur di atas muka 
Bumi. Walaupun demikian, kebarangkalian untuk perlanggaran NEO 
bersaiz besar ini adalah amat rendah, dan antara perlanggaran asteroid 
bersaiz sederhana pula adalah seperti di USA yang menghasilkan 
Barringer Crater pada 50,000 tahun lepas dan di Argentina yang 
menghasilkan Rio Cuarto Crater (10,000 tahun lepas).



No comments:

Post a Comment