Followers

Monday 10 October 2011

Sayur Mentah VS Sayur Masak


Adakah makan sayur yang dimasak akan mendapat nutrisi sama seperti sayur mentah?

Sayur yang dimasak terutama yang dimasak berlebihan akan mengurangkan tahap vitamin termasuk yang larut lemak (A,D,E dan K) dan juga yang larut air (B,C). Ada sesetengah kes, apabila dimasak, nutrisinya lebih mudah diserap badan.
Sebagai contoh, tomato. Dalam tomato ada antioksida yang dipanggil lycopene. Tomato yang dimasak akan memecahkan dinding selnya dan memudahkan lycopene diserap badan. Manakala sayur seperti sawi, brokoli, lada hijau apabila dikukus akan meningkatkan keupayaan untuk mengikat asid semasa penghadaman yang mana membantu menghilangkan metabolik toksik.
Masakan yang paling perlu dielakkan adalah merebus. Rebus dapat mengurangkan banyak sumber vitamin yang terdapat dalam sayur-sayuran. Kukus lebih baik daripada rebus. Walaubagaimana pun, cuba perlbagaikan cara makan sayur anda. Buat salad, pakai yang mentah. Masakan ada kebaikan dan keburukannya.
Microwave – Kurangkan sekitar 50 peratus nutrisi
Bakar – Antara pilihan yang baik selepas mentah
Kukus – Juga antara pilihan yang baik selepas mentah
Goreng – Elakkan, pilihan kedua terteruk
Rebus – Pilihan yang paling teruk

No comments:

Post a Comment