Followers

Monday 19 September 2011

Air Kelapa


Ada bermacam-macam isu bila bercerita tentang air kelapa. Ada yang kata air kelapa elok, ada yang kata air kelapa tak elok. Sehinggakan ada yang kata air kelapa boleh rosakkan otot. Betul ke? Sedangkan di Amerika, air kelapa dijadikan air minuman sukan disebabkan kandungan potassiumnya walaupun secara teknikalnya kandungan sodium agak rendah.
Terdapat kajian menunjukkan air kelapa sesuai dijadikan air minuman selepas senaman. Terdapat juga kes dimana air kelapa digunakan sebagai air intravena penghidratan menggantikan saline yang mungkin sukar didapati di negara-negara sedang membangun.
Air kelapa bebas daripada lemak dan kolesterol. Ia mungkin tidak sesuai untuk mereka yang menjalani latihan yang berintensiti tinggi kerana kandungan karbohidrat yang rendah dan juga protein sekitar 2g berbanding keperlukan purata 15 hingga 17 gram protein untuk pemulihan seseorang selepas berlatih. Cytokinins dalam air kelapa antara kandungan yang bermanfaat.
Kelebihan Air Kelapa
- Air kelapa lebih bernutrisi daripada susu krim penuh
- Air kelapa lebih sihat daripada pelbagai jenis jus buah-buahan dengan kalori yang lebih rendah
- Air kelapa lebih baik daripada susu bayi yang diproses dengan kandungan asid laurik yang terdapat dalam susu ibu
- Air kelapa menggandungi lebih potassium (294 mg)jika dibandingkan dengan kebanyakan air minuman sukan (117 mg)
- Air kelapa mengandungi kurang sodium (25 mg) jika dibandingkan dengan kebanyakan air minuman sukan (41 mg), dan air tenaga (200 mg)
Kebaikan Air Kelapa
- Memastikan suhu badan tidak terlalu tinggi dan menurunkan suhu ketika demam
- Membantu membawa nutrisi dan oksigen ke sel
- Membantu menaikkan metabolisme
- Meningkatkan sistem imunisasi
- Mengawal diabetis
- Seimbangkan PH badan
- Membantu merawat batu karang

No comments:

Post a Comment